Islam adalah cara hidup kita..

berpeganglah seteguh-teguhnya dengan tali Islam..nescaya kamu selamat dunia dan akhirat

Baitul Muslim

Sempurnakan iman dengan ikatan perkahwinan

Hindari Ikhtilat

Elakkan hubungan dan percampurna lelaki dan wanita supaya hidup lebih berkat dan selamat dari fitnah dunia

Cinta

Cinta itu adalah fitrah...pandulah ia ke arah cinta yang diredhai dan dirahmati oleh Sang Pencipta

Muslimah

Seindah perhiasan adalah wanita yang solehah dan muslimah yang sejati

Thursday, March 22, 2012

Pemangku Pengerusi Unit Bait Muslim KPT Mesir

Jawatan Pengerusi Unit Bait Muslim KPT Mesir yang disandang oleh Ustaz Azarul Aiman Bin Rosli yang ke Malaysia akan dipangku oleh Ustaz Nik Rosdi Bin Nik Jusoh untuk sessi 2011-2012.

Kami di pihak Unit Bait Muslim KPT Mesir mengucapkan selamat bertugas kepada Ustaz Nik Rosdi Bin Nik Jusoh. Semoga dengan pemangkuan ini akan menjayakan lagi misi dan visi Unit Bait Muslim KPT Mesir bagi sessi 2011-2012.

Kepulangan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ke Malaysia.

Pengerusi Unit Bait Muslim KPT Mesir Ustaz Azarul Aiman Bin Rosli telah selamat pulang ke tanah air Malaysia bersama isteri tercinta Ustazah Nor Eina Binti Ali yang merangkap Timbalan Pengarah Bait Muslim kerana masalah kesihatan yang menimpa isteri beliau.

Kami di pihak Unit Bait Muslim telah melancarkan solat hajat pada setiap hari selepas solat fardhu isya' di Asrama Rumah Terengganu Mesir bagi memohon kesembuhan daripada Allah untuk isteri beliau. Seterusnya kami di pihak Unit Bait Muslim KPT khususnya dan KPT Mesir amnya mengucapkan selamat pulang dan kembali serta disembuhkan segala penyakit oleh Allah S.W.T.

Majlis Walimatul Urus dan Aqiqah



KAHERAH, 9 Februari – Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT Mesir) telah mengadakan Walimatul Urus & Aqiqah di bawah seliaan Unit Bait Muslim KPT Mesir sesi 2011/2012 yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Muzani bin Abdul Rahman.
Pihak KPT Mesir mengucapkan sekalung tahniah kepada Naib Setiausaha KPT Mesir sesi 2011/2012, saudara Mohd Kamal bin Mohd Shah & pasangannya, saudari Ainatul Mardhiyyah binti Zakariyya dan mantan Biro Akademik KPT Mesir sesi 2009/2010, saudara Ahmad Wais bin Abdul Rahman & pasangannya, saudari Noor Syahidatul Akmal binti Haimi kerana telah diijabkabulkan sebagai pasangan suami dan isteri.
Majlis walimatul urus diadakan bagi meraikan 4 pasangan suami isteri iaitu saudara Mohd Kamal bin Mohd Shah & pasangannya, saudari Ainatul Mardhiyyah binti Zakariyya, saudara Ahmad Wais bin Abdul Rahman & pasangannya, saudari Noor Syahidatul Akmal binti Haimi, saudara Nur Abdul Aziz bin Sa’ari & pasangannya, saudari Syazwani binti Abdul Ghani dan Ahmad Zuhhad Ataillah bin Abdul Rahman & pasangannya, saudari Che Engku Khairunnisa’ binti Che Engku Razali.
Majlis ini turut disertai dengan majlis aqiqah iaitu adik Huurun Ain Solehah binti Ahmad Muzani dan adik Nik Nur Ayna Syuhada binti Nik Rosdi.
Pihak KPT Mesir mendoakan kepada pasangan-pasangan yang telah berjaya memateri ikatan perkahwinan mereka agar kehidupan mereka bertambah bahagia dan diberkati oleh Allah Taala sepanjang berada di dalam bahtera kehidupan baru.
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Ihsan : KPT Mesir