Islam adalah cara hidup kita..

berpeganglah seteguh-teguhnya dengan tali Islam..nescaya kamu selamat dunia dan akhirat

Baitul Muslim

Sempurnakan iman dengan ikatan perkahwinan

Hindari Ikhtilat

Elakkan hubungan dan percampurna lelaki dan wanita supaya hidup lebih berkat dan selamat dari fitnah dunia

Cinta

Cinta itu adalah fitrah...pandulah ia ke arah cinta yang diredhai dan dirahmati oleh Sang Pencipta

Muslimah

Seindah perhiasan adalah wanita yang solehah dan muslimah yang sejati

Sunday, June 17, 2012

Cahayamata dari Iskandariah


Tanggal 14 Jun 2012 pada pukul 2.30 pagi, pasangan Dr Tengku Muhammad Fakhruddin iaitu Ustazah Siti Aisyah Mohd telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Semoga dengan kelahiran cahayamata ini menambahkan lagi keberkatan ikatan baitul muslim yang telah dibina. Kami dipihak Unit Baitul Muslim KPT Mesir mengucapkan sekalung tahniah buat pasangan ini di atas kelahiran puteri sulong yang ditunggu-tunggu dan semoga ikatan suci ini terus berkekalan hingga ke akhirnya

Monday, June 11, 2012

Permata yang jauh di mata.



Tahniah diucapkan kepada pasangan Ustaz Mohd Farezuan Bin Azahar dan isteri tercinta Ustazah Nur Juwariah yang menerima cahayamata sulong mereka.

Ustaz Mohd Farezuan merupakan Mantan AJKT KPT Mesir telah mendirikan masjid dengan gadis pilihan hati pada tahun 2011.

Kami mendoakan kesabaran dan ketabahan serta kesungguhan al-Fadhil Ustaz yang sanggup berjauhan sehingga terpaksa meninggalkan keluarga di tanah air demi menuntut ilmu agama Allah S.W.T agar dibalas dengan kejayaan di dunia dan akhirat oleh Tuhan yg maha pengasih lagi penyayang.

Monday, June 4, 2012

Anugerah Illahi

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).


Tanggal 2 Jun baru-baru ini KPT Mesir telah mendapat khabar gembira di mana seorang ahlinya telah melahirkan seorang putera yang comel seberat 3.5 kilogram. Ibu yang bertuah itu ialah Puan Habsah binti Salleh. Beliau telah selamat melahirkan bayinya di Hospital Taufiqiah, Abas Aqad lebih kurang jam 3 petang secara normal.


UBM KPT Mesir mengucapkan tahniah kepada Puan Habsah beserta pasangannya, Saedin bin Sulong di atas berita gembira tersebut. Anak adalah anugerah Illahi, lahir dengan suci bersih bagai kain putih. Corakkanlah berhati-hati dan besarkan dengan akhlak terpuji.