Islam adalah cara hidup kita..

berpeganglah seteguh-teguhnya dengan tali Islam..nescaya kamu selamat dunia dan akhirat

Baitul Muslim

Sempurnakan iman dengan ikatan perkahwinan

Hindari Ikhtilat

Elakkan hubungan dan percampurna lelaki dan wanita supaya hidup lebih berkat dan selamat dari fitnah dunia

Cinta

Cinta itu adalah fitrah...pandulah ia ke arah cinta yang diredhai dan dirahmati oleh Sang Pencipta

Muslimah

Seindah perhiasan adalah wanita yang solehah dan muslimah yang sejati

Friday, September 16, 2011

Tahniah Atas Ikatan Bahagia

Dari kiri : U.Syamshul(S/U UBM),U.Khairul Aiman(Pengantin),U.Riduan(YDP KPT),U.Azarul Aiman,U.Abd Halim(Pemangku Pengerusi UBM KPT)



Pihak Unit Bait Muslim Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir mengucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Aiman Bin Mohd Ariffin dan kepada pasangannya  Al-Fadhilah Ustazah Siti Mariam Binti Alias di atas ikatan perkahwinan yang berlangsung pada 15 September 2011 dengan ucapan :

"بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير"

Semoga dengan ikatan yang bahagia ini mendekatkan diri kepada Allah Taala dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada pemuda dan pemudi yang lain untuk terus mengikut jejak langkah mereka berdua. Pihak

UBM KPT amat berbesar hati kerana dapat membantu dalam menyatukan hati dua insan yang ingin mengikat janji dan sumpah setia kerana mencari keredhaan Allah taala.Semoga mereka-mereka yang membantu saudaranya dalam melaksanakan sesuatu kebaikan diganjari oleh Allah Taala.insyaAllah. Pihak

UBM KPT juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan pertolongan yang diberikan oleh sahabat-sahabat ahli KPT Mesir dalam menjayakan majlis akad nikah dan urusan-urusan yang berkenaan.semoga Allah Taala mengganjari jasa dan pertolongan kalian.

Wednesday, August 10, 2011

Tahniah Atas Kelahiran Cahaya Mata

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah atas kurniaan cahaya mata yang menyejukkan mata.menambahkan jumlah ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Moga-moga menjadi penyambung mata-rantai perjuangan Islam,insyaAllah.

Kami Keluarga Bait Muslim KPT merakamkan ucapan tahniah buat pasangan Ustaz Mohd NoorFaisal Bin Nordin serta zaujah dan juga buat pasangan Ustaz Ahmad Muzani Bin Abdul Rahman di atas kurniaan cahaya mata baru-baru ini.semoga kehadiran si kecil itu menambahkan keberkatan keluarga antum dan menyerikan ikatan kasih sayang kalian.

Cahaya mata Ustaz Muzani dan zaujah

Cahaya mata Ustaz Faisal dan zaujah

Jodohnya Di Syurga...

Bersumber dari Raja' bin Umar An-Nakha'i, dia pernah
bercerita: "Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan
rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah
seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum
An-Nakha' dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.

Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila
oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa
sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang
untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah
dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban
cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang
hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan
hatinya: "Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya,
betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap
untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke
rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu
datang ke rumahku."

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata
kepada utusan wanita pujaan hatinya, "Kedua tawaran itu tidak ada
satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang
besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan
neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam."

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang
disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, "Selamanya aku
belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada
Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak
mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan
orang adalah munafik."

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan
duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan
dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak
itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus
oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan
kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga
akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah
ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat
kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun
bertanya, "Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah
berpisah denganku?"

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya
kepadanya, "Di mana engkau berada?"
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, "Di sana aku mohon
agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat
melupakanmu!"

"Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku
telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan
hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!"
jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, "Bila aku dapat melihatmu
kembali?"

"Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari," jawab
kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia
meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya
kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Sunday, July 10, 2011

Perancangan Keluarga.

Oleh : Aisyah Shafien
Kelolaan : Muhamad Hakimi Hussain


Agaknya jika disuakan dengan perkataan ‘perancangan keluarga’, apa yang terlintas di kepala dan minda kita?

“ish,mereka ni tak percaya dengan Allah ker?”
“ulat dalam batu pon Allah beri makanan”
“nak lawan takdir la tu”

Hakikatnya, kita ini terlalu disempitkan dengan persepsi, cerita dongeng yang dikisahkan oleh mereka yang terdahulu. Bukankah Islam mengajar kita untuk bertanya pada yang ahli, jika kita tidak memahami? Jadi, mari kita kenal apa sebenarnya yang disebut dengan ‘Perancangan Keluarga” atau lebih dikenali sebagai Family Planning ini. (selepas ini diringkaskan dengan PK)

Definisi PK ini sangat luas. Jika menurut ‘kamus’ Wikipedia, PK ini diertikan sebagai perancangan masa yang sesuai untuk memiliki anak dan menggunapakai kaedah kaedah seperti mengawal kelahiran dan pendidikan seksual.Ia turut berkait dengan kaedah menguruskan masalah ketidaksuburan dan mencegah dan menguruskan penyakit jangkitan seks(sexual transmitted disease).

Populasi manusia yang semakin bertambah setiap tahun dengan peningkatan masalah yang berkadar terus dengannya, memerlukan kepada suatu jalan penyelesaian, antaranya adalah melalui PK. Di antara tujuannya adalah untuk membolehkan pasangan memiliki kuantiti anak yang sesuai, mengelakkan kandungan yang tidak diingini dan menjarakkan kelahiran anak.

Mari kita lihat secara lebih dekat apa yang di sebut PK ini. Umumnya, PK terbahagi kepada dua kategori. Semulajadi (natural) dan tiruan (artificial). PK secara semulajadi adalah berdasarkan kepada mengelakkan hubungan kelamin semasa waktu subur wanita. Cara ini dipandu dengan tanda tanda fizikal seorang wanita itu, seperti kenaikan suhu badan dan perubahan kepada mucuous yang keluar darinya semasa waktu ovulation. Kaedah ini adalah satu satunya kaedah yang dikatakan 100% berjaya.

Manakala PK secara tiruan pula terdiri daripada pelbagai cara dan kaedah. Setiap satunya mempunyai kadar keberkesanan yang berbeza, dan mungkin lebih sesuai untuk sesetengah orang berbanding dengan yang lainnya. Di sini saya senaraikan beberapa contoh teknik yang ada beserta sedikit penerangan ringkas.

1. Penghalang (barrier)

Kondom dan diafragma termasuk dalam kaedah ini. Kondom di penis lelaki akan mengekalkan sperma di dalamnya manakala diafragma di masukkan ke vagina perempuan untuk menghalang kemasukan sperma. Peratus keberkesanan dari 71% hingga 85%.

Kelebihan : tiada kesan sampingan, perlindungan dari STDs, menghalang dari kanser servik
Kekurangan : mengganggu hubungan kelamin, perlu ditukar dengan yang baru setiap kali.

2. Oral/Topical

Pil dan pemakaian patch di tubuh seorang perempuan untuk mengawal paras hormon. Kaedah ini dikatakan 92% berkesan.

Kelebihan : senang di gunakan, kaedah paling berkesan dan boleh diubah semula(reversible)
Kekurangan : perubahan mood, jerawat, berat badan bertambah, risiko untuk ketumbuhan

3. Suntikan

Suntikan Depo-Provera untuk mengawal kelahiran kepada seseorang wanita, dan perlu menerima sebanyak 4 suntikan setiap tahun. Peratus berjaya adalah dari 97 hingga 99%

Kelebihan : mudah, boleh digunakan oleh wanita yang berumur
Kekurangan : abnormal kitaran haid, tiada kesan jangka panjang

4. IUD (Internal Uterine Device)

Alat ini dimasukkan ke dalam rahim perempuan untuk menghalang penempelan embrio dan kandungan. Apabila dia bersedia untuk kembali mengandung, alat ini akan di keluarkan. Bagaimanapun, seorang doktor perlu berhati hati kerana ramai wanita menggunakan kaedah ini untuk membolehkan dia menggugurkan kandungan, lebih lebih lagi untuk kandungan di luar nikah. Kaedah ini juga membawa bersamanya risiko untuk mendapat jangkitan, pendarahan dan juga mengganggu putaran haid. Peratus berjaya adalah 97 hingga 99%.

Kelebihan : sangat berkesan, tidak mengganggu hubungan kelamin.
Kekurangan : menyakitkan, jerawat, jangkitan, kejang otot di antara putaran haid

5. Pemandulan (sterilization)

Satu satunya kaedah yang melibatkan lelaki secara khusus. Di sebut juga vasectomy. Pembedahan luar kepada lelaki dengan memotong vas deferens dan menyebabkan sperma tidak di pancut dalam proses ejaculation. Boleh juga dilakukan ke atas wanita dengan memotong tiub fallopio yang menyambungkan rahim dengan ovari. Peratus berjaya adalah 99%.

Kelebihan : kekal, tidak menjejaskan kesihatan jangka masa panjang
Kekurangan : komplikasi biasa jangka masa pendek, pendarahan dan darah beku di skrotum

Harus di ingat, biar apa jua cara dan teknik yang digunakan, apa yang perlu untuk di ambil kira adalah keselamatan dan kesihatan ibu dan juga anak yang dilahirkan. Setiap satu kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan. Pemilihan setiap teknik bergantung kepada status kesihatan, umur, kos dan kemudahan yang ada.

Sejauhmana konsep PK ini diaplikasikan diseluruh dunia?
Untuk pengetahuan bersama, kos untuk setiap kelahiran normal di US pada tahun 1996 adalah kira-kira USD 7,090. Kementerian Amerika menganggarkan, untuk setiap bayi yang dilahirkan pada tahun 2007, setiap keluarga akan membelanjakan secara purata sebanyak USD 11,000 hingga USD 23,000 untuk tempoh 17 tahun pertamanya.

Di mana mana negara, polisi PK ini dibuat untuk mengatasi populasi rakyat dan kos yang makin meningkat. India sebagai contoh, memperkenalkan kempen “we two,our’s one” dan “girl or boy,let there just be one child”. Hong Kong dengan “two is enough” ,Iran juga China .Bagaimanapun, setiap polisi ini mengundang kritikan selepas berlakunya kes pengguguran dan pemandulan secara paksa.

Kita melihat senario yang menarik melibatkan PK berlaku di Iran. Di era Ayatollah Khomeini, rakyat di warwarkan dengan slogan bahawa Islam dan negara memerlukan rakyat yang ramai. Namun, selepas kejatuhan Ayatollah dan kenaikan Ali Khamenei dan presiden Akbar Hashemi Rafsanjani, perubahan dibuat dengan mengatakan bahawa “kapasiti yang ada tidak mencukupi untuk menampung menyediakan makanan, pekerjaan dan rumah”, lalu membawa masuk kondom, pil perancang, IUD dan segala macam lagi.

Bagaimanapun, dengan Ahmadinejad sebagai presiden, polisi baru diwujudkan dengan cuba meningkatkan populasi rakyat dari 70 juta kepada 120 juta. Dalam satu kata kata beliau, ”I am against saying that two children are enough. Our country has a lot of capacity.for many children to grow in it.Westerners have got problems.Because their population growth is negative, they are worried and fear that if our population increases we will triumph over them.”

Kita tinggalkan pertelingkahan di negara negara itu. Apa kata Islam tentang PK?Apa saranan Allah tentang PK ini?

Soal perancangan keluarga dan mengawal kelahiran dibincangkan dengan terperinci oleh Akademi Fiqh Islam. Mereka mempunyai seramai 23 orang ulama yang mengkaji dan membentangkan pendapat mereka berkenaan isu ini secara khusus. Dikalangan mereka adalah Muhammad Ali al-Baar, Muhammad Saeed Ramadhan al-Booti dan Sayid Muhammad Tantawi. Secara kesimpulannya, Islam menggalakkan untuk mempunyai ramai anak tetapi ia juga membenarkan golongan Muslim mengamalkan PK di atas sebab sebab yang munasabah.

Mari kita lihat hadis dan ayat ayat quran yang berkaitan.

“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.” –riwayat Ahmad dan Ibn Hibban

“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?” –an Nahl:72

“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka,” –al An’am:151


“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar,” –al Isra’ : 31

Jadi, di mana konsep mengawal kelahiran dan merancang keluarga di dalam Islam?

Dalam surah Al Baqarah ayat 233, Allah berfirman dengan maksud “dan ibu ibu hendaklah menyusui anak anaknya selama dua tahun penuh,bagi yang ingin menyusui secara sempurna.dan kewajipan ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut…” Satu cara semulajadi untuk merancang kelahiran adalah dengan menyusui anak. Bagaimana? Begini. Proses penyusuan yang berlaku memastikan paras hormon prolactin untuk kekal tinggi. Ini dalam masa yang sama akan menghentikan perembesan hormon estrogen dan progesteron yang seterusnya menghalang proses ovulation. Dan tanpa ovulation,wanita akan kekal tidak mengandung.

Berdasarkan hujah hujah di atas, ulama merumuskan 3 resolusi

1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang menghadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.

2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam.

3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.

Begitulah. Saranan itu dari Allah. Itu pun Allah masih mengatakan jika kamu mahu menyusui dengan sempurna. Jika tidak, silakan. Apa pun penerimaan anda-membangkang atau menyokong-biarlah ianya di dasari iman. Saya tinggalkan perkara ini di sini untuk anda. Untuk kita fikirkan bersama. Artikel ini bukan untuk memberi fakta,tapi untuk menjentik akal dan mencetus rasa.

Tepuk dada Tanya iman!

Sekufu : Suatu Penilaian

Aku sesuai ke dengan dia ni? Aku macam tak de hati kat dia ni? Aku tak kenal pun dia ni? . Ya selalu kita keluarkan alasan ni, bila ada kawan-kawan anda yang menyarankan agar berkawan dengan orang tertentu sebagai muqaddimah bertunang.Benarkah alasan seperti ini suatu yang munasabah 100 peratus? Penulis mempelawa anda membincangkan hal ini.

Sekufu yang dimaksudkan ialah persamaan dan setara. Seperti firman Allah Taala;

وَلَمْ يَكُنْ لَه ُُ كُفُواً أَحَد ٌ"
Surah al-Iklas-4

"Dan tidak ada seorangpun setara dengan Dia".

Setara yang dibincangkan dalam bab perkahwinan ialah setara dari segi kedudukan, taraf masyarakat, harta dan akhlak. Tidak diragui lagi bahawa persamaan ini akan membawa keserasian dan kebahagian berumah-tangga.

Mari kita lihat setakat mana bahayanya perbincangan ini?
Ia merupakan hak wali-bapa,datuk perempuan dan perempuan itu sendiri. Mereka boleh menfasakh/tuntut cerai jika tidak sekufu diantara pasangan. Sekufu dalam perkara yang buruk tidak diambil kira.

Secara ringkasnya :

Sekiranya lelaki itu tidak sekufu setelah wali mengahwinkan tanpa izin perempuan atau perempuan itu mengahwinkan dirinya sendiri: cara pertama-boleh diteruskan perkahwinan itu.Cara kedua-Diangkat kes kepada Qodhi untuk fasakh, sekiranya lambat sehingga mengandung maka tidak boleh difasakh bagi meraikan anak dalam kandungan.
Jelas disini wali boleh minta fasakh nikah jika tidak sekufu, dan perempuan juga boleh minta fasakh jika tidak sekufu.
Dalil:
عن عبد الله بن بُرَيدة عن أبيه قال : ( جاءت فتاة إلى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقالت : إن أبي زوجني ابن أخيه ليرفع بي خسيسته ، قال : فجعل الأمر إليها ، فقالت : قد أجزت ما صنع أبي ولكن أردت أن أعلم النساء أن ليس للآباء من الأمر شيء ) رواه أحمد والنسائي وابن ماجه وسنده صحيح

Ulama menetapkan beberapa perkara untuk dinilai sebagai sekufu:

1- Agama dan kemulian
Dalil:
1- أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنا ً كَمَنْ كَانَ فَاسِقا ً لاَ يَسْتَوُونَ as-Sajdah 18

2- الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَائِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَة ٌ وَرِزْق ٌ كَرِيم ٌ an-Nur 26

3- عن عبد الله بن بُرَيدة عن أبيه قال : ( جاءت فتاة إلى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقالت : إن أبي زوجني ابن أخيه ليرفع بي خسيسته ، قال : فجعل الأمر إليها ، فقالت : قد أجزت ما صنع أبي ولكن أردت أن أعلم النساء أن ليس للآباء من الأمر شيء

Orang yang baik sesuai dengan dengan yang baik.

2- Nasab dan keturunan
Dalil:
1-واه وائلة بن الأسقع أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إن الله اصطفى كنانة من بني إسماعيل" واصطفى من كنانة قريشًا، واصطفى من قريش بني هاشم، واصطفاني من بني هاشم.. فأنا خيار من خيار، من خيار

Berdasarkan hadith ini Ulama Mazhab Syafie, menyaran supaya sekufu Bani Hasyim dengan Bani Hasyim.

3- Pekerjaan

Mereka membahagiakan perkerjaan seperti berkerja dengan kerajaan sebagai satu tahap sekufu. Kerja buruh dengan sekufunya dan kerja profesional dengan sekufunya

4- Kecacatan
Mazhab Syafei tidak menganggap kecatatan sebagai syarat sekufu. Tetapi terpulang kepada perempuan untuk memilih mereka yang kusta, sopak dan gila.

5- Bebas dari menjadi hamba.
Hamba sekufunya hamba. Kita tidak membincangkan perkara ini kerana buat masa ini tiada hamba.

Untuk mengatasi masalah sekufu ini dicadangkan kepada kita:
-menuntut ilmu dan menjadi alim ulama kerana dengan cara ini kita sekufu bagi semua orang.
1- قول رسول الله صلى الله عليه وسلم: "الناس معادن، كمعادن الذهب والفضة. خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا
2- قول الله تعالى:يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات
3- قوله عز وجل: قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون

Walaubagaimanapun masih banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan bagi penyesuaian di zaman ini. Sekumpulan Ulama menyatakan cukup lah sekufu itu dengan terhasilnya syarat

1) istiqomah
2)Baik akhlak.

Istiqomah dalam rumahtangga maksudnya tiada usur-unsur yang boleh menyebabkan mereka bercerai-berai secara zahirnya.Baik akhlak pula ialah sepeti tidak minum arak, tidak berzina dan tidak berpanjangan melakukan maksiat..

Dalil yang digunakan ialah:

1 - أن الله تعالى قال: (يا أيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى، وجعلناكم شعوبًا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم). ففي هذه الآية تقرير أن الناس متساوون في الخلق، وفي القيمة الإنسانية، وأنه لا أحد أكرم من أحد إلا من حيث تقوى الله –عز وجل- بأداء حق الله وحق الناس.

2 - وروى الترمذي بإسناد حسن عن أبي حاتم المزني أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إذا أتاكم من ترضون دينه وخلقه فانكحوه، إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد كبير.. قالوا يا رسول الله وإن كان فيه. قال: إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فانكحوه – ثلاث مرات".

ففي هذا الحديث توجيه الخطاب إلى الأولياء أن يزوجوا مولياتهم من يخطبهن من ذوي الدين والأمانة والخلق.. وإن لم يفعلوا ذلك بعدم تزويج صاحب الخلق الحسن، ورغبوا في الحسب، والنسب، والجاه، والمال – كانت الفتنة والفساد الذي لا آخر له.

3 - وروى أبو داود عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "يا بني بياضة أنكحوا أبا هند، وانكحوا إليه".. وكان حجامًا..
قال في معالم السنن: في هذا الحديث حجة لمالك ومن ذهب مذهبه في الكفاءة بالدين وحده دون غيره.. وأبو هند مولى بني بياضة، ليس من أنفسهم.

4 - وخطب رسول الله صلى الله عليه وسلم زينب بنت جحش لزيد بن حارثة، فامتنعت، وامتنع أخوها عبد الله، لنسبها في قريش، وأنها كانت بنت عمة النبي صلى الله عليه وسلم.. أمها أميمة بنت عبد المطلب –وأن زيدًا كان عبدًا، فنزل قول الله عز وجل: (وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمرًا أن يكون لهم الخيرة من أمرهم، ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالاً مبينًا) فقال أخوها لرسول الله صلى الله عليه وسلم: مرني بما شئت. فزوجها من زيد.

5 - وزوج أبو حذيفة سالمًا من هند بنت الوليد بن عتبة بن ربيعة –وهو مولى لامرأة من الأنصار.
6 - وتزويج بلال بن رباح بأخت عبد الرحمن بن عوف.

7 - وسئل الإمام علي –كرم الله وجهه- عن حكم زواج الأكفاء، فقال الناس بعضهم أكفاء لبعض، عربيهم وعجميهم، قرشيهم وهاشميهم إذا أسلموا وآمنوا.


Harus kita faham bahawa sekufu bukanlah perkara ibadat, malah ia adalah perkara muamalat untuk menjaga hubungan diantara manusia dan menjauhkan perkara yang mendatangkan mudharat. Sumbernya diambil mengikut uruf-adat dan qias. Ia akan berubah mengikut peredaran zaman.

"Wallahualam"
Kaherah
30 Rabiul Awal 1428H
 
bmpmram

Kenali UBM

PENGENALAN

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia mencipta isteri-isteri daripada jenismu sendiri untuk kamu supaya kamu cenderung dan berasa tenteram terhadapnya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang, sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.’
(Surah Ar-Rum : 21)

Rumahtangga adlah institusi penting dalam pembinaan sesebuah negara. Malah rumahtangga inilah yang menjadi petanda awal kebangkitan negara tersebut. Apatah lagi dalam konteks pembinaan sesebuah daulah dan penegakan hukum Allah SWT di atas muka bumi ini. Maka rumahtangga menjadi asset penting sebagai institusi untuk melahirkan ummatan wasatan.

Pembinaan syakhsiah muslimah bukan hanya bermula apabila sperma dan ovum bertemu, malah tercetus dari pemilihan pasangan. Seringkali perselisihan faham dan keretakan rumahtangga dikaitkan dengan kesilapan memilih pasangan.

Justeru, penubuhan Unit Bait Muslim adalah untuk membantu dalam menyatupadukan dua hati, agar rumahtangga yang dibina sejajar dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.



Objektif


  • Mengelakkan berlakunya ikhtilat sewaktu pemilihan pasangan di samping menjauhi unsur-unsur syubhat dan haram.
  • Memberi kemudahan kepada ahli untuk mencari jodoh berdasarkan kriteria-kriteria yang dikehendaki.
  • Berusaha mengurangkan masalah andartu dikalangan mahasiswa-mahasiswi di Mesir.
  • Mengadakan program-program yang tersusun samada untuk ahli yang belum berkahwin atau kepada pasangan yang telah mendirikan rumahtangga.
  • Membantu ke arah merealisasikan bait muslim sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat dan mewujudkan kebahagian rumahtangga.
  • Bekerjasama dengan unit-unit di bawah Lajnah dan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan, PMRAM



Etika Umum UBM

  1. UBM akan menguruskan setiap permohonan yang lengkap.
  2. UBM berhak menolak setiap permohonan yang tidak lengkap atau permohonan yang terdapat penyelewengan fakta yang disengajakan.
  3. UBM akan memilih calon yang sesuai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dikemukakan oleh pemohon.
  4. Borang maklumat biodata dan gambar calon akan dikemukakan kepada pemohon berdasarkan kepada keperluan.
  5. UBM tidak berhak untuk memaksa pemohon menerima calon yang dikemukakan.
  6. Setelah dikemukakan borang kepada pemohon atau calon terbabit, mereka akan diberikan tempoh masa tertentu untuk berfikir dan beristikharah sebelum membuat keputusan.
  7. Semua maklumat dan biodata pemohon adalah rahsia dan tidak akan didedahkan kepada khalayak umum.
  8. Segala maklumat dan data pemohon akan disimpan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah.
  9. UBM bertanggungjawab sebagai pemudahcara dalam setiap urusan.