Sunday, July 10, 2011

Kenali UBM

PENGENALAN

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia mencipta isteri-isteri daripada jenismu sendiri untuk kamu supaya kamu cenderung dan berasa tenteram terhadapnya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang, sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.’
(Surah Ar-Rum : 21)

Rumahtangga adlah institusi penting dalam pembinaan sesebuah negara. Malah rumahtangga inilah yang menjadi petanda awal kebangkitan negara tersebut. Apatah lagi dalam konteks pembinaan sesebuah daulah dan penegakan hukum Allah SWT di atas muka bumi ini. Maka rumahtangga menjadi asset penting sebagai institusi untuk melahirkan ummatan wasatan.

Pembinaan syakhsiah muslimah bukan hanya bermula apabila sperma dan ovum bertemu, malah tercetus dari pemilihan pasangan. Seringkali perselisihan faham dan keretakan rumahtangga dikaitkan dengan kesilapan memilih pasangan.

Justeru, penubuhan Unit Bait Muslim adalah untuk membantu dalam menyatupadukan dua hati, agar rumahtangga yang dibina sejajar dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.



Objektif


  • Mengelakkan berlakunya ikhtilat sewaktu pemilihan pasangan di samping menjauhi unsur-unsur syubhat dan haram.
  • Memberi kemudahan kepada ahli untuk mencari jodoh berdasarkan kriteria-kriteria yang dikehendaki.
  • Berusaha mengurangkan masalah andartu dikalangan mahasiswa-mahasiswi di Mesir.
  • Mengadakan program-program yang tersusun samada untuk ahli yang belum berkahwin atau kepada pasangan yang telah mendirikan rumahtangga.
  • Membantu ke arah merealisasikan bait muslim sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat dan mewujudkan kebahagian rumahtangga.
  • Bekerjasama dengan unit-unit di bawah Lajnah dan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan, PMRAM



Etika Umum UBM

  1. UBM akan menguruskan setiap permohonan yang lengkap.
  2. UBM berhak menolak setiap permohonan yang tidak lengkap atau permohonan yang terdapat penyelewengan fakta yang disengajakan.
  3. UBM akan memilih calon yang sesuai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dikemukakan oleh pemohon.
  4. Borang maklumat biodata dan gambar calon akan dikemukakan kepada pemohon berdasarkan kepada keperluan.
  5. UBM tidak berhak untuk memaksa pemohon menerima calon yang dikemukakan.
  6. Setelah dikemukakan borang kepada pemohon atau calon terbabit, mereka akan diberikan tempoh masa tertentu untuk berfikir dan beristikharah sebelum membuat keputusan.
  7. Semua maklumat dan biodata pemohon adalah rahsia dan tidak akan didedahkan kepada khalayak umum.
  8. Segala maklumat dan data pemohon akan disimpan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah.
  9. UBM bertanggungjawab sebagai pemudahcara dalam setiap urusan.

0 comments:

Post a Comment